SAINA DI HATIKU

PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia.


BILAKAH SMSPS DIASASKAN?
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada pertengahan tahun 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.

LOKASI SMSPS
Sekolah Menegah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Setar, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Bangunan-bangunan yang didirikan meliputi bangunan pentadbiran, bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, Dewan Sri Angsana, kantin sekolah, asrama putera dan puteri, dewan makan, Surau Al-Fatanah, dan lain-lain dimana semua bangunan-bangunan tersebut terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar.

PIAGAM SEKOLAH
Dalam usaha merealisasikan Wawasan Negara,Wawasan Pendidikan dan Hala Tuju Sekolah Berasrama Penuh serta selaras dengan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan , maka kami berjanji dan berikrar akan:
  1. Sentiasa memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
  2. Mendokong perkhidmatan Cekap, Cepat, Tegas dan Tepat  bagi mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah demi kepentingan bersama.
  3. Sedar dan selalu berusaha melengkapkan kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran yang indah dan harmonis dalam kontek “ Sekolah Ceria, Kita Bahagia”.
  4. Prihatin terhadap masalah disiplin pelajar dan sentiasa berusaha menanganinya dengan menawarkan perkhidmatan penyayang kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah Darul Aman
  5. Selalu berusaha mewujudkan komitmen dan kerjasama yang mesra di kalangan guru, pelajar, kakitangan dan ibu bapa serta masyarakat setempat sesuai dengan “ Permuafakatan atau Collaborative School”.

VISI SEKOLAH
"Kegemilangan semua bidang"
Melahirkan murid yang terbilang dalam pelbagai bidang ilmu, kemapanan sahsiah, kemantapan iman dan taqwa, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi memenuhi tuntutan wawasan Negara.

MISI SEKOLAH
"Sekolah Berkualiti"
SMSPS berperanan:
.: Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif :.
.: Mempraktikan budaya ilmu :.
.: Memperlihatkan sahsiah yang terpuji :.
.: Mewujudkan semangat berani bersaing :.
.: Membentuk jati diri yang unggul :.

BENDERA SEKOLAH
HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani

COGAN KATA SEKOLAH
BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT
Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah Berilmu, Beramal, Bertaqwa. Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqw melengkapi sifat warga impian SBP.










Comments