SOMETIME YOU MISS LIFE AT SEA......





Hello guys, jadi ini adalah entry saya ke 4, agak takde  idea  untuk masukkan entry.Sekarang minggu Modular dengan Captain George, (oral exam dia padu ) setiap minggu teman pilih untuk balik rumah memandangkan assestment semua pada hari jumaat sebelum balik.

Berbalik pada cerita sebenar, biasa la , bila ada dekat laut nak sangat balik rumah,tapi bila dah ada dekat Malaysia ni, kadang-kadang ada rasa rindu nak hidup dekat laut.Jadi kita kasi throwback sikit pasal kenangan manis dan pahit dekat kapal. 2nd ship saya MT Paramount Halifax. Satu daripada AET fleet, sekarang boleh kategorikan EAGLESTAR. Nak jadikan cerita, masa sign on dekat kapal ni,teman join masa hari puasa ke 29. dimana bila teman sampai kapal pada malam hari, malam tu adalah malam raya dan esok tu raya....haaa, esok tu bangun awal dalam 6 pagi, bangun je buka lagu raya,makan kuih raya mak kirim, sambil kenang nasib.... 'Serious ke harini hari raya?kenapa aku join masa hari raya?'
 Teman terpaksa sign on masa hari raya untuk kejar batchmate sertai ALAM untuk Januari Intake.
Alhamdulillah rezeki teman, sekarang dapat join batch Januari intake.Dekat kapal Paramount Halifax ni lebih kurang 6 bulan 1 minggu.Sepanjang tempoh tu , ramai orang teman jumpa, kalau baik dan sempoi, memang bestla sebab sekepala, tapi kalau yang tak sekepala tu, terpaksa la kita berkawan jugak,sebab dekat kapal kita tak ramai, lebih kurang 25 sahaja.Paling penting dekat kapal ni,konfiden level tu dah tinggi sebab dah banyak kali kena bambu dekat kapal pertama ,hahaha. Banyak tast atau kerja atau tanggungjawab orang bagi sebab diorang percaya dekat kita,kadang-kadang rasa seronok,tapi kadang-kadang rasa menyampah sebab dipergunakan.

Dua bulan sebelum sign off,Setiap kali masuk port,mesti mesej dari emak tanya ' Dah buat surat untuk balik?'  Disebabkan emak orang yang paling risau, Dia yang banyak doa untuk urusan dipermudahkan. Kita letak effort sikit la dengan buat surat untuk sign off.Bila dah siap,kita simpan je surat tu sebab rasa macam terlalu awal.Bila dah 1bulan setengah sebelum nak sign off, saya hantar surat sign off dekat kapten,Mulanya nampak macam takde rezeki sebab kapten kata bulan disember jarang ada pertukaran krew disebabkan kos yang mahal semasa krismas di USA.

Dari tempoh 1bulan setengah tersebut,pelbagai usaha dilakukan namun tidak membuahkan hasil.
Berkat doa dari semua, nak dijadikan cerita, 2 hari sebelum masuk port ,ketika ini kapal sedang berlabuh untuk menuggu giliran masuk ke pelabuhan(masa ni sea time dah matang) saya pergi ke Bridge  untuk menghantarkan barang kapten pesan, dan....

kapten X: Kadet , kamu tidak mahu balik untuk sambung study kee?
Kadet : Mestilah saya nak sir,tapi company tak reply apa2 pon pasal sign off saya
kapten X: Sekarang office singapore dah pukul 9 pagi.Okay jom kacau diorang, saya nak bambu                         diorang
Kadet :............
Kapten:  hello miss XX, Saya kapten X dari Paramount Halifax, apa status  kadet kami untuk sign off pada pelabuhan ini. Ohh kamu tak perasan email saya bagi ye, saya ada attach nama kadet ni, dah 5 email saya bagi sepanjang 1 bulan lepas,. oh okay takpe, jadi dia boleh balik? ok miss book flight dia lagi 2 hari dia sign off,terima kasih.

Daripada pengalaman ini,teman belajar bahawa kapten memang ada kuasa utnuk hak kebajikan krewnya dan kapalnya.Dekat kapal, berita tersebar sangat cepat macam gossip murahan. pagi esok semua orang sudah tahu teman dapat sign off sorang dekat next port. 2 hari ni, banyak kisah sedih, krew orang malaysia cakap jangan baliklah, suruh stay, tapi apakah daya, terpaksa balik sebab nak masuk ALAM balik. Hari sign off hari yang paling gembira untuk kadet sebab , harini kita dapat duit pay leave, dapat hadiah dari krew, dapat nasihat berguna, kadang2 dapat peluk,hahahaha.

sekian.cerita tamat.


Comments